Tuesday 19 March 2013

Kerabu Mangga/Pauh

assalamualaikum....


 
Bahan2
Ikan sardin 4 ekor
Buah mangga/pauh 1 biji
Cili 10 biji
Garam
Gula

Cara2
1. Rebus ikan & toskan
2.Tumbuk cili hingga lumat msukkan garam, gula & ikan yg di rebus td
3. Gaulkan dgn mangga yg telah di hiris

assalamualaikum.....




.


.

Bahan2 utk kulit:
- 2 cawan tepung beras
- 1 1/4 cawan air
- kapur makan 1/2 sudu kecik (bancuh ngan 2sudu air)
- 1 sudu kecik garam
- 1 sudu kecik gula
1/2 biji telur yg dah dipukul skit
cara buat:
kena isi minyak separuh periuk kecik..agak2 tenggelam acuannya..rendam acuan sampai panas..celur acuan dalam adunan tepung tadi...agak2 hampir 95% acuan..celup dalam minyak...biar kuning2..tanggalkan dr acuan guna garpu..biar sat dlm minyak bleh ulang celup acuan...bila dah kuning dan keras dah kulit tu angkat dan tos...

Inti:
bawang merah & putih (racik/tumbuk)
minyak utk tumis (1sudu shj)
udang kering
sengkuang/timun/lobak merah (parut)
garam secubit rasa ja

cara: tumiskan bawang..masukkan udang kering..sedikit je garam..xletak pun xpe sbb udang kering dh masin..kemudian masukkan lobak/timun/sengkuang.gaul sebati dan matikan api..isi dalam kulit pai...sedap dimakan rangup2.



popcorn versi pan vantage

assalamualaikum.....


anak² suka makan ni bila g jalan²....ingat kan susah nak masak ...rupa²nya senang je..huhuuh...kenapa sebelum ni aku tak tahu??

 resepi:
1 sb mentega (eden guna butter)
2 sb minyak masak (minyak jagung pn boleh)
1/2 cawan jagung kering (beli kat bahagian rempah ratus kat giant)
*5 sb gula
*1 sb mentega
bahan * utk buat karemel (gaul/sira atas popcorn last skali)

mula2 panaskan minyak n butter..masukkan 2-3 biji jagung..tggu meletup..pastu baru masuk semua..then bila dah abis meletup angkat dan goyang2 pan..letak atas api sat..goyang2 pan dan matikan api. kemudian buat karamel..masakkan gula sampai hampir cair..tmbah butter..bila dah perang2 tu sirakan atas popcorn yg dh kembang tadi..(tp den tuang popcorn dr pan ke kuali dan gaul terus popcorn dlm kuali yg masak karemel....dah siap..tgu sejuk skit leh makan ya..meh kita try..

resepi ni saya ambik kat fb...

Laksa singlap

assalamualaikum...


jom cuba masak laksa ni ,,,ramai kata sedap ,saya pun teringin nak cuba....

Bahan-bahan untuk kuah:
 
300-400 gm ikan tenggiri/parang atau lain2 
(kukus, ambil isinya dan lecek halus)
(saya gunakan ikan mackerel dlm tin- cuci bersih
dan buang sosnya dan lecek halus)
3 batang serai }
2 cm lengkuas }
4 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar }…dikisar halus3 sudu besar kerisik kelapa
400 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air (atau secukupnya)
3 sudu besar (bumbung) rempah kari ikan
sedikit air asam
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

Bahan-bahan untuk Sambal
20 tangkai lada kering - rendam dengan air panas
sehingga kembang, tos, dan kisar dgn sedikit air dan bubuh sedikit garam.

Bahan-bahan untuk tabur:
Sedikit daun kesum atau selasih (cuci bersih dan hiris halus)
150 gm taugeh (bersihkan, buang akarnya, cuci bersih dan toskan)
2 btg timun (buang kulit dan hiris halus)
1 –1 ½ kg mee laksa (celur & toskan)

Peraturan membuat Kuah :
Ikan dibersihakan dan kukus. Ambil isinya saja dan dilecek halus atau kisar.
Gaul rempah kari ikan dgn bahan2 kisar lalu ditumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan santan pekat dan 2 cawan. Kacau sekali-sekala dan kemudian dibiarkan sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah sedikit air lagi mengikut citarasa anda. Kemudian bubuh garam secukup rasa.

Cara menghidang
Mee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yg sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau selasih. Tuangkan kuah diatasnya. Letakkan sedikit sambal. Hidangkan panas-panas.

Apam Balik Pandan

assalamualaikum....
jom masak untuk minum petang...


 Bahan A
5 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
2-3 titik pewarna hijau apple

cara: kisar semua bahan dan tapis ambil airnya shj
*kalau xde daun pandan gantikan dengan asen pandan 1 sudu

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur 
1/2 cawan gula
secubit garam

cara:
-ayak tepung,soda dan baking powder sampai sebati
-bland gula dan telur sampai kembang (nak pukul guna mixer pun boleh)
-masuk tepung selang seli dengan air daun pandan tadi (bahan A)
-masukkan garam..bland sampai sebati

Bahan C
-jagung cream (dalam tin)
-gula
-kacang tanah goreng yg ditumbuk

cara penyediaan

-tuang 1 senduk adunan atas non stik pan (sy guna pemanggang vantage)..xperlu letak minyak
-taburkan gula,jagung krim dan kacang tanah tumbuk
-biar garing dahulu baru lipat dan angkat
-boleh sapu mentega atas permukaan apam balik kalau suka..

*1 adunan ni boleh dapat 6-7keping apam bergantung kepada saiz senduk masing2 .

Nasi Ayam Hainan

assalamualaikum.....


 sory gambar xde yg saya punya sbb lupa nak ambik gambar...huhuhu

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
Garam kasar
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit 
2 cawan air rebusan ayam 
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil garam 

UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih 
1'' halia
sedikit garam

UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun

CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.

2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.

4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.

6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan. 

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, taugeh, hirisan timun dan sup.

Apple Pie

assalamualaikum...


Pie Crust
2 cawan tepung gandum
130 gram butter yg agak keras dipotong dadu kecil2
sedikit garam
3 sudu air ais

Apple Filling
8 biji apple
1/2 cawan brown sugar
5 sudu gula biasa
2 batang kayu manis
2 sudu air.

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama garam. Kemudian masukkan butter. Sebatikan dengan tepung dengan menggunakan fork. Jgn guna tgn utk mengekalkan suhu sejuk butter. Makin sejuk suhu yg dpt dikekalkan, makin gebu pie crust nnti. 
2. Adunan ptt kelihatan seperti tekstur bread crumb. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau guna fork dahulu, kemudian baru guna tgn. Tak perlu uli lama2. Uli sekadar boleh utk combine adunan sahaja. kalau adunan masih tak boleh nak combine, tambah air lg sedkit. Pastikan jgn terlalu lembik. Nanti tak boleh canai. Simpan dlm fridge for 30 minutes at least sebelum canai.
2. Sementara itu, buang kulit apple, potong apple bentuk dadu atau hiris nipis2. Ikut kesukaan masing2. 
3. Kemudian masak gula bersama 2 sudu air, masukkan kayu manis. Masak sehingga gula agak keperangan dan kemudian masukkan apple.
4. Masak sehingga apple agak empuk dan kemudian sejukkan dulu sebelum isikan dlm pie. Jangan lupa buang kayu manis.
5. bahagikan adunan pie kepada dua. Satu bahagian hendaklah lebih byk dr yg lagi satu. Bahagian yg lebih byk itu dicanai utk bahagian bwh pie. Canai dlm ketebalan 2 cm. Kemudian masukkan inti pie. Canai lagi satu bahagian utk tutup di atas. Buatlah ikut kreativiti masing2.
6. Sapukan telur kuning di atas pie. Bakar selama 40 min dgn suhu 175 darjah celcius. 


Ayam Bakar Air Asam

assalamualaikum....

gambar ni saya ambik yg saya cuba resepi sbb ayam saya tak wape cantik macam ni...hehehe....ni kira pinjam dulu ya...nnt sy cuba,cantik ayamnya ,saya letak gambar saya ya....

bahan A
3 bahagian ayam (sekor ayam potong 4)
serbuk kunyit
garam halus
serbuk lada hitam

-gaul sebati semua bahan dan bakar

Bahan B (air asam)
2 biji bawang besar
2 biji cili merah (cabai besar)
5 tangkai cili padi
2 biji buah tomato
1 inci belacan
garam dan gula secukup rasa
jus asam jawa@ jus limau
1/2 cawan air suam
daun bawang/daun sup (nk lg sedap letak daun kesum)
cara:
1 biji tomato belah 4,1 biji bawang besar belah 4,belacan,garam dan gula,air suam dan jus asam jawa dibland sebati (jgn halus sgt)..kasar2 skit
1 biji tomato hiris nipis,1 biji bawang nesar hiris nipis dan daun bawang/daun sup hiris nipis...masukkan dalam bekas bersama bahan bland..gaul sebati.

laksa pinang

assalamualaikum......
teringin nak makan laksa la pulak...jom kitamasak nak .....



 BAHAN2 :
1. 1Bungkus laksa(RENDAM SEKEJAP N REBUS)
2. Ikan sardin 10-12ekor besar direbus 
*(air lebih sikit sbb nk blend) 
3. Cili kering blend dgn 2-3ulas bawang besar ,bawang putih,belacan sedikit. 
*(cili terpulang , kalau nak pedas. Boleh lebih. )
4. Daun kesum , bunga kantan , serai , lengkuas,asam keping.
5. Ajinamoto , garam .
BAHAN2 hiasan:
1. Timun,daun pudina,salad,bawang,cili padi,bnga kantan.Ni semua potong cm biasa la ya
2. Otak udang
3. Telur rebus

CARA2 :
1. Tapis cili kering yg diblend tdi n masak dahulu bagi naik bau.
2. Ikan yg direbus tdi blend sekali dgn air rebusan, tapis n masukkan kedlm cili yg dimasak tdi. Selepas tu masuk la ajinamoto + garam secukup rasa n jgn lupa masukkan serai, daun kesum,bunga kantan,lengkuas sikit n asam keping.. tunggu didih dan boleh makan.....
assalamualaikum.....

cantikkan...bahulu...mudah je nak buat ...jom tengok...

 Bahulu Kukus

Bahan-bahan
6 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 cawan gula halus
sedikit esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum halus
(superfine)-diayak
Sedikit pewarna merah atau mengikut kesukaan
2 1/2 sudu minyak masak atau jagung


Cara-cara
1.Pukul telur,ovalette,gula,esen vanila dan tepung hingga kembang dan kental selama 6-8 minit dengan kelajuan maksimum.
2.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan kek.
3.Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4.Pastikan ia dituang 3/4 penuh dari acuan.Kukus hingga kek masak.
5.Sejukkan dan tanggalkan dari acuan.Sedia untuk hidangan.

selamat mencuba....... :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...